Wednesday, 9 July 2014

Puding Karamel Kastard

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua !
wah, lamanya I tak update blog.
sebelum tue, I rasa blum trlmbat nak ucapkan Selamat menyambut Ramadan Al-Murabak.
semoga Ramadhan kita kali ini penuh makna dan lebih baik dr Ramadhan2 yg sebelumnya.
dan hendak dimaklumkan, sekarang I dah start internship! (wah, acah2 keja gtue)
#perihalinternship ini pun buat pening kepala I nak urus. Maklum la last minute kerja.
Padan muka ! haha
I skrg intern kat JPN Perlis, dkat Sektor Pengurusan Akademik and of kos la kat Unit Bahasa since I majored in English. but so far for 3 weeks, what I've done is office work. Nothing regarding my field. sobsobsob. Well, I hope the next coming 9 weeks will give me more experiences and view for me how the work world looks like. (aicewah,, dan2 speaking!)

okay ! tmbah berlengah, entry kali ni, I nak share satu resepi pencuci mulut yg sgt simple.
I tahu, dah rmai blogger dah shared resepi nie, tp I tetap nak share ngan you all semua.
Baik x I ? haha

Resepi kali ni, Puding Karamel Kastard.
yup, bezanya I masukkan tepung kastard dlam puding nie.
lagi sedap n tekstur dia pun cantik, keras la skit.

okay, tmbah nak celoteh panjang2, nie la bahan2 dan cara mebuatnyaa okay.

BAHAN - BAHAN

Karamel

6 sudu besar gula
1/3 cawan air

Puding

5 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair*
2 sudu besar susu pekat*
1 sudu teh esen vanilla*

CARA - CARA MEMBUAT

1. Masak gula dan air dgn api yg sederhana sehingga dia pekat utk dijadikan karamel. Dah masak, cepat2 masukkan dalam loyang/bekas.

2. Panaskan periuk kukus.

3. Utk puding, pukul telur dengan gula ala2 manja.

4. Lepas tue, susu cair, susu pekat dan esen vanilla masak atas api. Jgn smpai mendidih tau, bg susu tue suam2 je. Dah tue, campurkan susu tadi dgn telur yg telah kita pukul2 manja td smpai sebati.

5. Bancuhan puding tadi, asingkan sedikit bahagian dlam bekas lain kemudian masukkan tepung kastard dan pukul sehingga sebati. (saya buat macam nie sbb nak elakkan tepung kastard berketul2 tau, kalu nak masukkan terus dalam bancuhan tue pun boleh)

6. Then, masukkan kembali bancuhan puding td ke dalam bancuhan yg besar dan kacau sebati. Tapis tau, takut nty ketul2 tepung kastard ada dlm puding.

7. Kemudian,  masukkan bancuhan td ke dalam loyang yg kita msukkan karamel td. untuk kali ini, tapis jugak bancuhan tue.

8. Kukus puding tue dalam 40-45 minit. then, siap !

*Untuk nak sedap, masukkan puding yg siap dimasak dalam peti sejuk dulu, then baru dihidangkan ! konfem terangkat !

Selamat mencuba uollsss !

Thursday, 1 May 2014

Resepi Kek Batik Simple

Last entry published: Thursday, 6th February 2014 ?!

hahahaha,, lama benau tak mengupdate blog.
maklum la, mcm2 halangan rintangan komitment kemalasan kemengantukan dan lain2 yg sama waktu ngan dia.

okay, xmau nak ckap bnyak, nanti ampa boring plak.
kali nie nak share satu resepi. (pergh! dah rse mcm blog resepi dah nie)
resepi yg saya akan kongsi sllunya yg simple2 je iaitu
Kek Batik Simple !

Okay, bahan2 dia:-

1 buku Buttercup (250g tak silap)
200g Milo (packet yg paling kecil)
1/2 tin @ 3/4 cawan susu pekat  (kalau nak manis boleh la nak lebih)
3 biji telur
1 paket bisket Marie (dipatah-patahkan)

*serbuk koko saya tak letak tau, sbb tue saya panggil resepi Kek Batik Simple

Biskut Marie

Biskut Marie yg dah dipatah-patahkan 

Buttercup
(ianya sejenis butter/mentega ye. hihi)

Milo
(pergh! dah tertungging dah. maaf, tak tau nak rotate mcm mana. hihi)

Susu pekat
(tak semestinya guna jenama nie, jenama lain pun boleh,
asalkan susu pekat)

Telur



Okay, cara2 membuat pulak :

1. Masukkan Buttercup + Milo + Susu pekat + Telur dalam periuk/belanga/stickpan utk dipanaskan dan dicairkan. Gunakan api yg slow tau, nty melekat n hangit plak milo tue. 


2. Kacau dan kacau sampai la dia cair dan meletup2 (maaf, saya tak tau nak guna diksi apa utk keadaan ini)

3. Okay, sebelum tue, rasa dulu adunan yg cair tue manis atau tak, kalu x, tmbah ler susu pekat or gula, kalu dah cukup manis, terus masukkan biskut Marie yg dah dipatahkan. 



4. Gaul adunan + biskut Marie sehingga membaluti antara satu sama lain.  

5. Dah sebati2, cepat2 masukkan dalam loyang/tupperware/bekas dan mampatkan gunakan tangan (pstt.. jgn lupa tangan balut ngan plastik, nanti tak pasai2 melecur plak) Kalau tak mau guna tangan, boleh saja tue sebarang alatan, asalkan adunan tue mampat.

6. Dah setel, biarkan sejuk di suhu bilik, then baru masukkan dalam refrigerator. (peti sejuk daaa)
7. So agak dah chill kek, boleh la kuar dan hidangkan !

SELAMAT MENCUBA !

Banyak assignment tak siap lagi oit!
Tempat internship tak dpat lagi oit !
FYP aku tunggang langgang oit !
Mati la aku oit !

meroyan sebentar,
Jumpa lagi, assalammualaikum !

Thursday, 6 February 2014

Kek Pisang versi KUKUS

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera semua.
apa kabar semua ?? (bajet mcm boleh dgar kan ?? hehehe)

okay, xmau nak ckap merapu meraban meroyan.
kali ni saya nak share resepi or cara2 nak wat KEK PISANG versi KUKUS

okay, BAHAN - BAHAN dia

4 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen (tak letak pun,, lupa,, keh3)

then, CARA - CARA MEMBUAT dia

1. Lenyek pisang.
***Jangan lupa didihkan dulu air utk kukus kek, okay***



2. Pastu masukkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan esen. Gaul sebati. (pada masa nie, sy tak guna mixer lg, kacau guna tangan je dulu)

3. Dah sebati semua, saya msukkan telur (satu persatu) then kacau.

4. Lepas tue, masukkan minyak, sedikit demi sedikit. Kacau sebati.

5. Dah sebati, baru sy guna mixer. Peringatan, guna level speed yg paling minima tau, sebab adunan tue agak keras ( tp tak laa keras nak mampuih. hahaha ).

adunan lepas sudah dipukul dgn mixer


















6. Okay,, dah sebati adunan, pe lg,, terus masuk dalam loyang !


















7. Tips: utk nak bg permukaan kek kita tue tak berkawah,, kita masukkan loyang dalam plastik,, mcm nieh.


















8. Kukus selama 45 minit !

9. dan SIAP !




















alhamdulillah, first try terus menjadi !
yang seronoknya,, mama suka ngan kek nieh ! muahmuahmuah :-*
tenkiu mummy !

SELAMAT MENCUBA SEMUA !

Monday, 20 January 2014

Homemade Ais Krim !


Assalammmualaikum dan salam sejahtera semua !
Yeah, kali ini sy nak share satu resipi (resipi la sgt)

Okay la, cara2 nak wat ais krim.. yes! ianya menjadi !
Cara nak buat dia sgt simple. 

5 bahan ja yg korg perlukan, yes, sy tak tipu, LIMA sahaja.
(erm,, kalu termasuk mixer 6 la semuanya... hahahahaha)


BAHAN-BAHAN

1 tin susu cair (boleh je guna fresh milk)
1/2 susu pekat (ikut manis, sy guna 1/4 ja)
1 biji telur
1 sudu besar ovalette (cara yg halal tau, sbb ada stgh diragui halal dye)
1 sudu teh esen vanila (sy letak 2 sudu teh, hehe)
*Perisa (ikut la nk wat apa pun, choco ke vanilla ke strawberry ke keladi ke)



CARA-CARA MEMBUAT

1. Campur semua bahan dalam bowl mixer. (pada sspe yg xde mixer, boleh je guna blender ye)



2. Pukul bahan tue lebih kurang 20 - 30 minit.


3. Lepas 20 - 30 minit, tgok la dye kmbang ke idok, kalu tak kembang, pukul lagi.
*tips : lg lama kita pukul, lg smooth dye punya adunan




4. Okay, kalu nak wat perisa, bahagikan la adunan kepada dua (atau lebih). Kali nie, sy wat perisa choco, so sy biarkan separuh adunan dalam mixer, dan sy masukkan 2 susu teh serbuk koko dan pukul dlam 5 minit. 



5. Last sekali, sejukkan dalam peti sejuk semalaman (24 jam). 



6. Dan siap ! tadaaa ! 
*kalu nak sedap, tabur la kacang ngan choco rice atas dye.
confirm rsa mcm aiskerim Cornetto baq hang!





SELAMAT MENCUBA !




P/S: yes! cuti semester kali nieh rajin plak sy memasak, membaking, mencuba resipi.
herm apakah petanda dye yea?? 

hahahahahahahahha

Saturday, 18 January 2014

Choco Moist Cake in da Hauz!

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
dah lama tak update blog. dah brsawang dah td, bila 'jejak' masuk blog ni. hihi

Ha, rsenya mcm agak terlambat tp boleh lg diterima utk ai ucapkan "Happy New Year" !
kita doakan agar tahun 2014 ni lebih baik dan diberkati oleh Allah swt dr tahun lepas2.. aminn :)

Okay, fyi, skrg ai tgah semester break, and most of universities are in breaks ! wehooo!
dan alhamdulillah, semester 5 dah berakhir ngan jayanya :D ( OMG! dah 5 sem ai kat UPM??? :O )

okay, dr ai lebih merapu, baik ai back to the point.

entry kali nieh, ai nak kongsi ngan uolls semua resipi utk wat kek !
wah! dah mcm masterchef gtue.. hahaha

so,, mmg lumrah, cuti2 mmg dok rumah, nak try mcm2 resipi.
haaa,, konon sgt! #tdmk
(herm, tix je tue utk nak 'sihatkan' bdan. lulz) 

so, back to the point. 
resipi nie ai amek dr satu blog nie
|
|
v

there some twist yg ai buat utk resipi yg ai nak kongsi nie. hehe
so, nieh la semua ingredients yg diperlukan ...
and noted, resipi ni ada 3 bhgn, BAHAN A, BAHAN B dan BAHAN C.

Bahan A
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabornat
1 penutup esen vanilla (but ai guna perisa oren. esen vanilla abes. hehe)
3 biji telur

Bahan C
5 sudu besar choco rice
2 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar gula pasir

ai guna perasa oren sbb esen  vanila abes.. hehe

Susu pekat

3 biji telur

Susu cair

baking powder

tepung gandum

gula pasir

serbuk koko

minyak masak
(boleh gak spe2 nak sihat guna minyak syuran :) )


noted yea, utk wat kek nieh, ai TAK GUNA MIXER. 
main pukul2 ngan tangan je


okay, CARA-CARA MEMBUAT

first, campur semua Bahan A, then, masak atas api yg perlahan. 

kacau perlahan-lahan sampai dia sebati. okay, dah sebati, biarkan dia chill dulu k?

Bahan A sblum dimasak

Bahan A yg dah dimasak

then, kita move to Bahan B plak. okay, pecahkan telur, then pukul smpai kembang. 
(kembang mcm korg pukul utk wat puding karamel tue). 

okay, gnie rupanya telur tue ye.

pastu, campur tepung gandum and baking powder, then ayakkan kay ?

Tepung gandum + baking powder yg dah diayak

*masa nieh, 
korg dah boleh didihkan air dalam periuk kukus korg ye*

okay, here the tricky part(tricky la sgt). 
Telur yg dipkul td, kita cmpurkan ngan Bahan A yg dah sejuk.

Telur + Bahan A

then kacau hingga dia "sehidup semati" eyh ?? hahaha

telur + Bahan A yg dah "sehidup semati" hehe

dah dia sebati, masukkan tepung n baking powder td, sedikit demi sedikit and jugak masukkan
esen vanila. :)



dan jugak, kacau smpai 'sehidup semati' :)




okay, dah sebati adunan, amek sikit marjerin, oleskan pada loyang.

marjerin yg dah dioles marjerin
dan tue, tuangkan semua adunan td dalam loyang. 



masukkan dalam periuk kukus dan kukus dalam masa 1 jam.


TIPS: utk nak elakkan kek kita berkawah dipermukaan, ai masukkan loyang dalam beg plastik. 

so that, wap air tue tak menitik atas kek :)



and tadaaa! alhamdulillah menjadi.. hehehe




okay, skrg kita wat topping dia plak.

campur semua Bahan C dalam periuk dan masak guna kaedah double - boiling.
dan tggu smpai dia cair and smoothy !



dan bila dah masak topping, bolehlah terus tuang atas kek yg dah sejuk tue..



and kalu nak lebih rich, bolehlaa tabur choco rice atas topping tue,
and pergghhh ! here it is !




and done! SELAMAT MENCUBA !