Tuesday, 29 October 2013

Apa Bezanya ?

apa bezanya,
bila aku menceritakan masalah aku dgn satu kawan,
tetapi kau menghebohkan masalah aku dengan ramai kawan ?

apa bezanya,
bila aku merahsiakan siapa kau bila meluahkan,
tetapi kau menggunakan aku yang sebenar bila menghebahkan ?

apa bezanya,
bila aku senyap kesedihan sendirian,
tetapi kau bising kegembiraan bersama yang lain?

apa bezanya,
bila aku menurunkan ego untuk mengakui khilaf,
tetapi kau meninggikan ego untuk berbangga ?

apa bezanya,
bila aku lantang berbicara kekesalan tentang kesalahan aku,
tetapi kau berbisik perlahan di belakang memperbesar kesalahan aku ?

apa bezanya,
bila aku mahu berubah untuk hidup dengan lebih tenang,
tetapi kau sedia dibelakang untuk aku tumbang?

apa bezanya,
bila aku diam berbicara mengenai kau,
tetapi kau masih rancak berhujah mengenai masa silam aku ?

apa bezanya,
bila aku memberi kau kepercayaan,
tetapi kau memperjudikan untuk kepentingan diri kau ?

apa bezanya,
bila aku mengharap kepada kau,
tetapi kau sinis terhadap aku ?

apa bezanya,
bila mana aku sudah putus asa dengan kau,
tetapi masa itu kau kembali untuk menemani aku ?

bezanya,
AKU adalah AKU.
KAU ? Aku tak pasti. 

No comments:

Post a Comment